Jumaat, 15 Mac 2013

Tian Chua Dihadapkan Ke Mahkamah


KUALA LUMPUR 14 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta berikutan kenyataannya terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu merupakan sandiwara politik.

Beliau yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya dan N Surendran bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat dan meminta supaya dibicarakan.

N Surendran meminta mahkamah untuk membebaskan tertuduh atas 'bond' sendiri berikutan beliau merupakan Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR serta pemastautin tetap Malaysia.

Mahkamah kemudiannya memutuskan tertuduh diikat jamin RM 5 000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 12 April 2013.

Tian Chua dihadapkan ke mahkamah selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam akan menghadapi tuduhan dibawah Akta Hasutan dan akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Individu lain yang dirakam keterangannya ialah Editor Keadilan Daily Fazallah Pit, Sub Editor Norasikin Samsi dan Wartawa Aisha Geoffrey.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sebanyak 318 laporan polis telah dibuat dari pelbagai individu dan persatuan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara selepa dilengkapkan.

Mokhtar turut menasihati mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung perasaan orang ramai.

Tiada ulasan: