Pendedahan
Wikileaks: Lagi Bukti Anwar Dalang Keganasan Sulu
Berikut adalah petikan pendedahan
laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html)
Dreaming of Sabah...?
---------------------
¶8. (C) MG
Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's
intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of
followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an
"old friend" of Misuari's. Over the past several months, Malaysian
officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's
wives, according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special
envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to
meddle in Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had no
intention of getting involved in Malaysia's
internal affairs.
Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar
hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh
Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari
telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.
Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan
‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh
Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah
merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore
yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri,
demi persahabatan yang ikhlas.
Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang
bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari
kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat
Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara
seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.
Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’
pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.
Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan
keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.
Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab
Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi
jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk
menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara
sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.
Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa
kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes
mahkamahnya. Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar
kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis
pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu,
negara pasti akan hilang kedaulatannya.
Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila
yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas
insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden
keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar
dengan Misuari.
Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan
pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup
meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya.
Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang
merupakan penyokongnya sendiri.
Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang
beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan
mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.
Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa
penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan
Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan
penyokong kerajaan dan penyokongnya?
Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan,
apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan