Selasa, 12 Mac 2013

53 Mayat Tidak Wujud, Misuari!!





ANWAR dan pencacainya dalam pakatan pembangkang bukan ikhlas sangat bila meminta setiap rakyat menyokong perjuangan pasukan keselamatan dalam menghadapi pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Maklum sajalah, ini kita cakap tentang undi pasti dari beratus ribu orang yang berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis sekarang, hilang akal ke Anwar nak hentam anggota keselamatan secara terang-terangan?  Sebagai orang yang hanya beriman kepada undi dan jawatan Perdana Menteri, apa pun tindakan Anwar perlulah berpandukan kepada mood rakyat, kalau rakyat nampak menyokong, Anwar tak akan cukup gila untuk membangkang.

Ini sikap Anwar yang sebenarnya kalau ada orang tak tahu.

Tapi kalau disokong pulak, dilemanya rakyat akan bersatu dan mengundi BN.  Sebagai bekas pemimpin UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, ada banyak peristiwa lalu yang Anwar boleh rujuk, antaranya peristiwa 13 Mei 1969 bila mana rakyat yang bersatu selepas insiden tersebut, membawa kepada kemenangan BN antara yang terbesar dan paling selesa dalam pilihanraya umum 1974,

Ini yang paling Anwar bimbang sekali.  Sebab itu anjing-anjing Anwar macam Tian Chua, Khalid Samad dan CheguBard diarah untuk hentam pasukan keselamatan tapi dengan beralaskan kecaman terhadap kerajaan BN. 

Kononnya kerajaan BN gagal mengawal keadaa di Sabah sejak pencerobohan bermula, walaupun kita semua tahu yang mengawal situasi keselamatan di Sabah (selepas semua proses rundingan tamat) ialah pasukan keselamatan yang menjawab kepada DYMM Yang Dipertuan Agung sebagai pemerintah tertinggi, dengan kerajaan BN sebagai regulatornya sahaja.

Antara 3 nama itu, paling menjengkelkan sudah tentulah Tian Chua, tapi CheguBard juga tidak kurang sialnya.

Manakan tidak, CheguBard dalam akaun Facebooknya beberapa hari lepas, dengan sengaja telah menggunakan pembohongan dari akaun Facebook pemimpin MNLF, Nur Misuari (yang mendakwa kematian 53 orang lanun Sulu di Sabah adalah satu pembohongan oleh kerajaan), dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya hilang keyakinan terhadap keupayaan pasukan keselamatan menghapuskan ancaman lanun-lanun tersebut. 

Tiada ulasan: