Isnin, 13 Mei 2013

Dominasi DAP Bakal Menjahanamkan PAS

Tiga bulan lalu di Banggol Peradong, Terengganu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawasanya PAS akan mengambil tindakan keluar dari PR seandainya kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu Islam.

Kenyataan itu dinyatakannya semasa berucap dalam program PAS Ganti UMNO di hadapan penyokong PAS dalam usahanya meyakinkan khalayak bahawa PAS masih dominan dalam PR serta mempunyai kemampuan untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai suara rasmi orang Melayu Islam.

Besar angan-angannya tinggi melayang tak mencecah bumi. Tapi itulah perwatakan PAS sejak dulu hingga kini yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri.

Sehingga kini kenyataan gah Presiden PAS itu masih tergiang-giang di telinga ahli dan penyokong mereka, lebih-lebih lagi setelah keputusan dalam PRU-13 baru-baru ini menunjukkan bukannya PAS yang mendominasi PR sebaliknya DAP yang semakin menguatkan dominasinya.

Dengan kedudukan PAS tika ini yang hanya memiliki 21 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR masing-masing menguasai 38 dan 30 kerusi, ia jelas menunjukkan PAS hanyalah parti kelas ketiga dalam PR yang hanya mampu menjadi pak sanggup untuk DAP dan PKR.

Dalam keadaan demikian, jangan kata nak PAS ganti UMNO, hatta nak mengatasi DAP pun tak termampu dengan kudratnya yang sekelumit itu.

Lebih mendukacitakan lagi daripada 89 wakil Parlimen dalam PR hanya 37 orang sahaja terdiri dari kalangan Melayu Islam (21 PAS, 14 PKR dan 2 DAP). Keadaan ini meletakkan suara orang Melayu Islam dalam PR hanyalah suara minoriti dan PAS terpaksa terus tunduk kepada kuasa politik non-muslim dalam PR yang dikuasai DAP.

Penyokong PAS di kala ini masih ternanti-nanti apa tindakan pemimpin PAS seterusnya setelah mengkaji kesan-kesan disebalik keputusan PRU-13, ramai di kalangan mereka yang agak cuak melihat dominasi besar-besaran DAP dan non-muslim dalam PR.

Sebelum PRU-13, ketika PAS dalam keadaan sedikit kuat pun parti itu sudah kerap mengalah kepada DAP sehingga gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini kekal menjadi dasar PR untuk dinodai dalam kitab Bible, bayangkan pula apa yang mampu DAP lakukan dengan kekuatannya sekarang.

Tidak syak lagi, PRU-13 merupakan titik tolak penting yang akan menentukan hidup mati pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam yang selama ini merupakan pasak kekuatan parti itu. Silap perkiraan yang diputuskan, kelak akibatnya boleh jadi bakal menjahanamkan PAS.Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ucapan Selamat Pada 13 Mei

Pada tarikh yang penuh bersejarah ini, penulis ingin mengucapkan ‘Selamat’ kepada semua rakyat Malaysia. Selamatlah kita atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran setelah 13 Mei 1969 jauh meninggalkan kita.

Kita bertuah kerana masih selamat hari ini walaupun begitu banyak cubaan dan asakan untuk menghuru-harakan negara. Bukan kita tidak tahu bahawa bantahan terhadap keputusan PRU-13 hanyalah alasan yang sengaja dicari bagi menggerakkan anarki.

Dan kita merasa kasihan kepada anak-anak muda yang menyertai himpunan bantahan tersebut tanpa mengetahui niat sebenar dan strategi licik pemimpin mereka menjadikan mereka umpan. Namun, atas kecekapan dan kebijaksanaan kepimpinan dan pihak keselamatan negara, Alhamdulillah, penulis masih dapat mengucapkan ‘selamat’ kepada semua termasuk peserta himpunan yang sering mencemuh kepimpinan dan pihak keselamatan negara itu.

Dalam peristiwa 13 Mei 1969, huru-hara bermula apabila pihak pembangkang Cina menganggap kemenangan 25 kerusi di pihak mereka, berbanding Perikatan 66 kerusi, sebagai satu kemenangan di pihak mereka. Keadaan ini hampir menyamai apa yang berlaku hari ini iaitu BN menang 133 dan pembangkang menang 89 kerusi tetapi pembangkang menganggap yang mereka telah menang.

Jika pada tahun 1969 mereka berarak meraikan ‘kemenangan’ itu, pada tahun ini pula mereka berhimpun untuk menyatakan ‘kemenangan’ mereka. Bukan satu kebetulan jika dilihat dalam kedua-dua insiden, kita menyaksikan pembangkang diwakili majoriti Cina.

Jelas, bahawa kaum Cina sejak 1969 sehinggalah ke hari ini, membawa semangat dan sikap yang sama serta tidak pernah berubah.

Nampaknya, 13 Mei 1969 tidak memberi apa-apa pengajaran kepada mereka selain menghimpunkan dendam kesumat yang terus membara. Azam dan tekad mereka untuk menafikan kedudukan Melayu, serta merampas negara ini tidak pernah padam. Keinginan untuk bersatu dan berbaik sangka sesama kaum lain, langsung tidak wujud dalam hati nurani mereka. Yang mereka tahu adalah keuntungan maksima di pihak mereka.

Orang Melayu, termasuk kerajaan tidak boleh terus menerus menafikan hakikat ini bagi pihak kaum Cina, semata-mata untuk menjaga hati mereka. Orang Melayu dan juga kepimpinan Melayu tidak boleh bersikap ‘defensive’ setiap masa apabila berhadapan dengan asakan mereka.

Melihat dari apa yang terjadi, wajarlah jika kita berhenti sejenak dan mengkaji langkah seterusnya dengan lebih mendalam.

Adalah penting bagi seorang pemimpin untuk terlebih dahulu memahami siapa dan apa yang dipimpinnya.

Hakikatnya, kaum Cina adalah kaum yang pentingkan diri, amat berkeyakinan serta mempunyai semangat dan jatidiri yang teguh. Justeru, mereka memerlukan kepimpinan yang jauh lebih tegas dan berani. Kerana itu Maharaja Cina malah Lee Kwan Yew sendiri membawa perwatakan tegas dan tidak bertolak ansur kerana hanya itu saja caranya untuk memerintah kaum Cina. Jika tidak, pasti akan dipermainkan oleh pengikut mereka.

Mengharapkan kaum Cina memahami erti ‘tolak ansur’ dan mengamalkannya adalah sesuatu yang mustahil kerana ia tiada dalam kamus hidup mereka. Mereka akan tetap bertanya, ‘apa saya dapat dari tolak ansur itu?’. Jika jawapannya hanyalah keamanan dan tidak berbentuk material, maka ia tidak memadai bagi mereka.

Benar, bukan semua Cina begitu secara individu, tetapi mereka berpegang kepada sikap ini sebagai satu kaum secara bersepadu. Sikap inilah yang mengekalkan Cina sebagai sebuah empayar sejak 2000 tahun dahulu - tidak lupus dan tidak mengecil sepertimana empayar-empayar yang lain dalam sejarah ketamadunan manusia.

Memahami psikologi berbagai kaum di Malaysia adalah satu langkah penting dalam menuju pembaharuan dalam pemerintahan. Konsep 1Malaysia tidak akan berjaya tanpa penyertaan kaum Cina. Namun, penyertaan yang bersifat ‘pentingkan diri’ oleh pihak kaum itu juga tidak akan membawa apa-apa makna.

Justeru, untuk memastikan keadaan kekal aman dan 13 Mei tidak berulang hanya kerana kaum Cina ingin berkuasa sepenuhnya dan merobek serta menghancurkan struktur negara ini, kepimpinan wajib mengambil pendekatan yang sama dengan Lee Kwan Yew mahupun Maharaja Cina dahulu. Kajilah cara mereka dan gunakan pengetahuan itu untuk mengawal dan memimpin kaum Cina agar mampu berjalan seiring dengan aspirasi negara. Tiada salahnya untuk belajar sejarah, walaupun dari musuh sendiri kerana sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu, dan sejarah juga adalah guru yang terbaik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 27 April 2013

PR Tak Jadi Mansuhkan Tol â€" Hadi Awang

Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan.

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’.

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita.

Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 25 April 2013

Letupan di Nibong Tebal Buktikan Pembangkang Gunakan Taktik Keganasan.

Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk "Malaysian Spring", bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan. Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi, di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.

Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas. Pada 25 Mei 2012, beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.

Menurut Tun, pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

"BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi.

Malaysia akan dicap sebagai Police State," katanya. Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

"Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan," katanya.

Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini.

Jika ini yang ingin dibawa pembangkang, maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil. Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia. Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 24 April 2013

PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud

Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.

Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
DAP Pecah Cermin Van Di Bakri, Tapi Tuduh UMNO

Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti 'ultra kiasu' tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan 'air mata palsu' Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan 'orang suruhan' DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 22 April 2013

PRU-13: Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan

Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13.

Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato’ Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.

Parti PAS sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’. Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak PAS malah menfatwakan hukum haram menyokong PAS. Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak PAS.

Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai PAS dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak PAS sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran PAS tulen.

Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam PAS hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia. Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.

Pendekata, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.

Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri. Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan PAS. Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.

Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati. Antaranya, Dato’ Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa. Dato’ Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara. Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini.

Justeru, Dato’ Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.

Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa. Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha. Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.

Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua. Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita. Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya. Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.

Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya.

Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis. Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi. Malangnya, PAS bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.

Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato’ Michelle Yeoh. Sekurang-kurangnya Dato’ Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama. Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 21 April 2013

Mengupas 7 Dosa Pembangkang - Utusan

KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.

Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.

- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.

Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.

- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.

- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.

n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.

Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 17 April 2013

Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS?

Dato' Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung. Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa. Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas.

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga.

Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana 'nama' memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan. Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha. Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali.

Oleh kerana pengalaman yang luas dan 'berpeluang' menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato' Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.

Benarlah kata orang bijaksana, iaitu "ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain".

Walaupun Dato' Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya. Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali. Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya. Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej 'elit' dan tidak sesuai dengan 'keperibadian' negeri Kedah.

Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua. Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato' Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen.

Pendek kata, berita tersebut diterima rakyat Kedah sebagai doa yang telah dimakbulkan. Ia juga turut membuktikan bahawa Dato' Seri Najib benar-benar mendengar suara rakyat walaupun terdapat usaha yang cukup giat dari beberapa pihak untuk menyekatnya.

Namun, satu perkara yang membuatkan rakyat Kedah agak 'cuak' ialah kawasan yang bakal ditandingi Dato' Mukhriz dikatakan sebagai sebuah kubu PAS, iaitu DUN Ayer Hitam.

Pada tahun 2008, Dato' Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi. Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi. Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939.

Justeru, untuk menyatakan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS mungkin masih boleh diperdebatkan. Pastinya ada sebab musabab tertentu yang menyebabkan rakyat di DUN Ayer Hitam menukar pilihan mereka dari BN pada 2004 kepada PAS pada 2008.

Berdasarkan fakta di atas, maka tidak mustahil rakyat DUN Ayer Hitam akan menukar kembali ke BN pada tahun 2013 ini, atas faktor Dato' Mukhriz.

Secara umumnya, harapan rakyat Kedah terhadap Dato' Mukhriz amatlah tinggi dan sekiranya rakyat di DUN Ayer Hitam tidak membuat pilihan yang tepat, maka mereka pasti dianggap sebagai menghancurkan hati keseluruhan rakyat negeri itu.

Kedah memerlukan suntikan semangat baru untuk keluar dari kepompong 'selesa' serta bangun memajukan diri selaras dengan pengiktirafan ibunegerinya, Alor Setar sebagai sebuah bandaraya lama dahulu. Selama ini, 'Bandaraya' Alor Setar adalah bandar yang 'mati', tiada aktiviti. Semenjak diambil-alih oleh PAS pula, yang hidup hanyalah pusat-pusat karaoke sahaja, sementara peluang pekerjaan lain masih tiada.

Kedah dikatakan hanya selangkah sahaja ke hadapan dari Kelantan dari segi mentaliti dan sosial. Dari segi ekonomi juga, Kedah baru saja menjunam ke bawah akibat ketidakcekapan kerajaan PAS.

Dalam pada itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cabaran untuk membangunkan Kedah dari segi ekonomi harus bermula dengan memajukan mentaliti rakyatnya terlebih dahulu.

Hari ini, pusat-pusat pelancongan yang berpotensi di Kedah masih tidak mampu menepati namanya sendiri sebagai 'pusat pelancongan bertaraf antarabangsa'. Antaranya, Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan berbagai-bagai lagi. Hotel-hotel dan resort yang ada di Kedah juga dikatakan masih belum mampu menyaingi taraf profesionalisme hotel-hotel di kawasan pelancongan negeri lain seperti Melaka, Kuantan dan sebagainya. Semua ini berkait rapat dengan 'mentaliti'.

Satu-satunya kawasan yang tampak 'bertenaga' di Kedah ialah Langkawi.

Dari segi pelaburan pula, Kedah turut menjunam selepas diambil alih oleh PAS. Menteri Besar Kedah yang ada kini, langsung tidak pernah membuat pertemuan dengan para pelabur sedia ada mahupun terlibat dalam misi-misi pelaburan negeri.

Oleh itu, dengan ketokohan Dato' Mukhriz sebagai usahawan berjaya, kita pasti 'menjana ekonomi' bukanlah cabaran besar baginya, tetapi ia mungkin menjadi sukar sedikit kerana perlu terlebih dahulu menangani cabaran 'mentaliti' orang-orang sekelilingnya dan rakyat Kedah sendiri.

Kedah amat memerlukan Dato' Mukhriz untuk memulihkan kembali segala kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh PAS. Sesungguhnya, kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh parti itu selama sepenggal, bukanlah sedikit.

Dan jika PAS masih terus kekal memerintah di Kedah selepas PRU ini, maka Kedah pasti akan kembali ke 20 tahun ke belakang, sehingga memerlukan berpuluh tahun lagi untuk pulih sepertimana di bawah BN sebelum ini.

Hari ini, rakyat Kedah seolah-olah meletakkan semua harapan terhadap Dato' Mukhriz ke atas bahu pengundi di DUN Ayer Hitam. Harapan yang sama juga diletakkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin BN, jentera parti, termasuk mereka yang tidak tersenarai sebagai calon, untuk membantu 'meletakkan yang hak ditempatnya' demi kebaikan semua.


Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 16 April 2013

Chua Jui Meng bagai orang gila kempunan jawatan Ahli Parlimen

Tindakan Pakatan Rakyat meletakkan Datuk Chua Jui Meng di kawasan Parlimen Segamat hanyalah sebagai tindakan belas kasihan selepas Pengerusi PKR Johor itu merajuk apabila kerusi yang diidamkannya iaitu Gelang Patah dirampas DAP dengan meletakkan Lim Kit Siang.

Malah beliau juga selepas pengumuman Kit Siang bertanding di Gelang Patah dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meghilangkan diri selepas bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Dr Boo Cheng Hau berebut Gelang Patah. Amat menyedihkan apabila Jui Meng juga mengeluarkan kenyataan secara terbuka beliau tidak lagi "memiliki rumah" selepas segala usahanya di Gelang Patah dicantas begitu sahaja oleh Kit Siang.

Atas dasar itulah PR memberikan kerusi Segamat untuk ditandinginya, bukan kerusi Gelang Patah mahupun Bakri yang pernah diwakilinya sejak lima penggal sebelum menyertai PR. Umum menyedari Jui Meng meninggalkan MCA selepas kedudukannya sebagai Naib Presiden dicabar dalam pemilihan parti yang menyaksikan beliau gugur.

Meletakkan Jui Meng di Segamat juga tidak menjanjikan kemenangan untuk PR kerana kawasan Dr S Subramaniam itu merupakan kubu kuat Barisan nasional (BN) dan banyak pihak melihat tindakan PR meletakkan Jui Meng di Segamat adalah untuk menamatkan karier politiknya.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri, Lee Ching Yong yang berkata, strategi meletakkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.

Lebih mengejutkan Jui Meng juga tidak kisah sekiranya kalah di Segamat dan hanya mahu bertanding kerana itu menunjukkan beliau hanya gilakan kedudukan dan pangkat. Beliau juga berkata PRU13 adalah medan terakhirnya dalam politik. Apa yang boleh dilaksanakan pemimpin pembangkang yang umum mengetahui akan bersara? Kosong! itulah perumpamaan paling tepat. Malaha, beliau juga dilihat sambil lewa dalam menerima kerusi berkenaan.

Jika beginilah sikap beliau, tidak seharusnya pengundi Segamat memilih beliau yang tamak kuasa dan kedudukan. Taktik Chua Jui Meng merajuk dan memekak berjaya juga akhirnya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Rakyat untuk Parlimen Segamat. Ini juga membuktikan Pakatan Rakyat dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.

Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Gelombang Merah: Tok Pa Calon MB Kelantan

Pengumuman calon BN Kelantan yang akan berentap dengan PAS dan PKR dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 telah pun diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di mana 25 muka baru telah diperkenalkan bagi merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Senario ini mengesahkan lagi yang beliau adalah calon muktamad sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya menewaskan PAS kelak.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 14 April 2013

Biar gambar sahaja berbicara.

Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.


Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?


Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.


Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.


Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.


Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.



"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.


Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.


Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.


Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.


Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.


Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 13 April 2013

siapa bawa harapan rakyat.txt

Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.

Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.

BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.

Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.

Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.

"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.

"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.

Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.

Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."

Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.

Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Sidek Baba - Anwar seorang yang bermasalah.docx

Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Sungai Terap-Bt Gajah pengalaman bertembong dgn folower tegar Pas.

Jam 8.43 pg ketika sedang minum pg di kedai mkn yeop yong coner tp jln utama dr spg pulai ke bt Gajah.Aku bawak anak buah aku budak2 pengakap santap pg kdi main terjah ni sbb desakan perut diorg yg dr semalam melawan dgn kilat dn ujan lebat vs tahan lapo.

Sedang lepak2 minum dtg satu pakcik tegar muka pas kelat duk meja sblh aku sambil perhatikan logo dan warna kt baju aku.Owh baru aku perasan aku pakai baju biru lambang BN Rakyat Didahulukau aku pakai dari tgh malam td selepas lePak kt bilik gerakan Pemuda BN Ipoh Timor sampai pg tgh malam.

Ngam2 pakcik tu order je tea tarik kow member dia datang plak....telinga aku panassss.....dia kasi up sikit suara dia bg telinga dara aku ni pecah ckit..abis semua dia bantai kecuali nik ajis.terdengar petikan surah Ahzab ayat nya aku lupa tp maknanya.."Barangsiapa menyekat syiar Islam maka jahannam bg nya"...

"Org2 cam tu la yg sedang menempah jahannam sbb dia yg bg pangkah" kata org tua kelat tu sambil juih mulut kt aku...aku nampak tp biasa la...wat bodo je..tetiba lori kayu lalu laju sambil anginnya yg kuat melibas kopiah dia lalu terpelanting 6 kaki....terpancut di mulutnya perkataan yg aku sendiri geli dengornya....JUBO JELLY....wakakakakakakakakakakkakakakakakakka aku gelak sampai terpancut tea tarik ...org ramai bro..malu siut.sekian

Moral cerita , jgn cakap x semene2 skrang zaman paid in cash..
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

IMG-20130413-00116.jpg

Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 11 April 2013

Penjawat Awam Terima Pakatan???

Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai "pemalas" "lembab" dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 10 April 2013

Musa Hitam Ramal BN Menang PRU-13

Sebelum ini Pakatan Rakyat cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut tidak menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Namun, percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya ini.

Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang. Oleh itu, apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya membangkrapkan negara, maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya sebagai kenyataan menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan Tun Musa tersebut dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini.

Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga memaksa mereka mendapatkan ‘persetujuan’ dari Tun Musa Hitam.

Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk meraih sokongan. Kita tahu, walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi, beliau tidak cukup bodoh untuk membela PR, apatah lagi dalam keadaan sokongan terhadap parti itu semakin nipis. Kerana itu, dalam penafiannya bahawa beliau menyokong pembangkang, Tun Musa turut menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini.

Menggunakan pengaruh musuh untuk meraih sokongan adalah tindakan yang memalukan kerana ia membuktikan bahawa pembangkang turut mengiktiraf pengaruh dan ketokohan musuh mereka.

Soalnya, kenapakah pemimpin pembangkang tidak mampu berdiri atas pengaruh sendiri untuk meyakinkan rakyat? Kenapa perlu ‘meminjam’ pengaruh musuh?

Jawapannya, kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai mereka. Mana tidaknya, jika hampir keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka, kalaupun tidak ditokok tambah. Selain kuat menipu, pembangkang juga sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan janji-janji manis yang mereka taburkan.

Penjelasan seperti ‘mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah’ adalah penjelasan umum yang tidak mampu dicongakkan di atas kertas. Apatah lagi dengan bukti jelas bahawa pembangkang lebih hebat mengamalkan rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka.

Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP, isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris, rugi dan ‘aneh’ di Kedah, pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang, isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor, semuanya menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa.

Justeru, bagaimana rakyat boleh percaya yang pembangkang akan mampu mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah jika mereka memerintah?

Pembangkang juga berhujah bahawa semua perbelanjaan dan pengurangan harga barang akan mampu ditampung dengan wang dari Petronas.

Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai ‘kilang wang’, di mana wang boleh dikeluarkan tanpa had. Sedangkan Petronas adalah nadi ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan awam dan prasarana.

Sekiranya Petronas perlu membuat kerja-kerja ‘kebajikan’ tambahan kepada kerajaan sepeti saranan pembangkang, maka keuntungan mereka juga pasti akan terjejas, sehingga akhirnya akan menjejaskan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan melemahkan syarikat tersebut, dan akhirnya akan turut mengheret kerajaan dan negara bersamanya.

Secara dasarnya, pembangkang hanya mempunyai dua hujah tentang dari mana mereka akan mencari wang untuk negara iaitu: 1. ‘membanteras rasuah’ yang mana kita tidak percaya langsung akan dilakukan oleh mereka, dan juga 2. ‘mengikis Petronas’ yang mana seolah-olah mengikis bapa sendiri sehingga menyebabkan sekeluarga menjadi miskin.

Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang ‘pembangkang tidak akan membangkrapkan negara’ walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik dengan menambah ayat ‘dengan sengaja’. Namun, rakyat yakin yang Tun Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara secara ‘tidak sengaja’.

Jika tidak, tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini. Pastinya, beliau sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu terdesak untuk meraih undi.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
PRU13 Kubur Besar Pakatan Pembangkang

SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian. Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian.

Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari PR sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam PR semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, PAS yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan.

Kebanyakan kawasan yang direbut dianggap selamat dan bakal membawa pemimpin PR menuju puncak, tapi hakikat kawasan yang sama boleh berubah menjadi kubur besar untuk mereka tak pula terdetik di hati sesiapa.

Tak berapa lama dulu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pernah mengisytiharkan lebih 90% nama-nama calon PR sudah selesai. Tapi hakikat yang berlaku gayanya seperti 10% sahaja yang benar-benar sudah muktamad dan baki 90% lagi masih berkecamuk berebut sesama sendiri.

Seandainya benar sudah wujud persetujuan yang kononnya sudah dicapai dan dimuktamadkan, maknanya kini ia sengaja dilanggar gara-gara kehendak nafsu masing-masing yang semakin menggila. Macam ini punya gaya jangan diharap PR mampu mentadbir negara dengan sebaiknya.

Dari utara sampai ke selatan, dari timur ke barat, masing-masing parti dalam PR sibuk bertelagah sesama sendiri, kerana apa?. Tak lain tak bukan kerana setiap parti dalam PR merasakan inilah masanya untuk menuju puncak dengan menaruh harapan bahang tsunami PRU 12 2008 dulu akan berterusan.

Para penyokong yang dulunya mengharap pada PR kini tambah meluat melihat keangkuhan dan sikap tamak yang menguasai pimpinannya. Baru diuji sedikit kuasa sudah pandai lupa diri.

DAP, PKR dan PAS sudah lupa hakikat letak duduknya mereka saat ini bukannya atas kekuatan sendiri. Mereka lupa setiap yang naik mendadak jatuhnya akan merudum cepat menyembah bumi.

Jika diamati corak dan trendnya, PRU13 bukan lagi satu gelanggang yang menjanjikan keuntungan untuk PR. Ia jauh berbeza dengan suasana PRU 12 yang lalu. Kecenderungan pengundi Melayu Islam dan India kini ternyata lebih solid bersama BN.

Pengundi Cina yang dianggap deposit PR kini sedang dalam persimpangan dilema, tanpa sokongan majoriti Melayu Islam dan India kepada PR ia ibarat pertaruhan yang berisiko tinggi - untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Justeru itu tak mustahil, PRU13 akan menyaksikan ramai pemimpin PR yang mendadak naik dulu bakal jatuh terhumban. Sekiranya ini menjadi realiti, maka PRU13 bakal mencatat rekod sebagai kubur besar untuk pimpinan pembangkang.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
PM Wajar Umum Calon Lebih Awal

Penamaan Calon telah dijadualkan pada 20hb April dan pilihanraya pada 5hb Mei.

Walaupun tarikh ini baru saja diumumkan, pembangkang telah lebih awal lagi mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang mana menyaksikan perbalahan dan kecelaruan yang parah dalam pakatan itu.

Tentulah bohong jika dikatakan Barisan Nasional tidak turut mengalami demam pilihanraya tetapi, berbanding dengan pembangkang, BN nampaknya jauh lebih tenang dan menyerahkan bulat-bulat kepada kepimpinan dalam soal pencalonan.

Biarpun usaha untuk menonjolkan diri, membodek dan mencantas tetap wujud, tetapi sebagai sebuah parti yang rasional dan matang, semua pihak di dalam BN akur akan kedudukan, peranan dan keutamaan dalam memastikan kemenangan. Pendek kata, BN adalah parti yang berhemah dan professional serta ikhlas menjulang amalan demokrasi.

Perbezaan yang paling jelas antara BN dan PR dalam menghadapi pilihanraya ialah sikap kuku-besi yang langsung tidak wujud dalam diri pemimpin BN. Dato’ Seri Najib tidak pernah meminggirkan pandangan akar umbi atau mana-mana pihak jua, dalam menentukan calon. Justeru, tidak hairan beliau mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen, dan seterusnya mengumumkan nama calon.

Kita sedar bahawa bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi mahu tidak mahu, keputusan perlu dibuat dan satu pihak mungkin akan kecewa. Pun begitu, ia bukanlah alasan untuk penyokong-penyokong mengejek pilihan Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan oleh penyokong PR terhadap Anwar.

Selain itu, tiada ruang di dalam BN bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi atau bermuslihat mengumumkan nama orang lain selain dari yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi sepertimana yang belaku antara PKR dan PAS di Perlis.

Kita juga tidak mungkin menyaksikan PM selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO mengenepikan parti-parti komponen secara paksaan, kasar dan biadap sepertimana yang dilakukan oleh DAP di Johor.

Sebaliknya, semua permasalahan dibawa berunding bagi mencari penyelesaian paling praktikal dan tepat untuk kebaikan parti secara keseluruhan.

Ini mudah dilakukan oleh BN kerana semangat setiakawan di dalam BN adalah asli, ikhlas iaitu bukan lakonan atau kepura-puraan. BN tahu menghormati ketua dan sentiasa mengambil sikap beradab sopan. Kerana itu, tiada kecelaruan di dalam BN melainkan terus bergerak lancar menuju pilihanraya.

Meskipun mungkin ada beberapa perkara yang belum selesai, semua pihak cukup maklum bahawa ia pasti akan selesai sebaik saja penamaan calon.

Perlu difahamkan bahawa kelancaran gerak kerja ini bukan sahaja disebabkan BN cekap dan berpengalaman, tetapi yang lebih penting ialah sikap masing-masing di dalam parti yang mana tidak mampu disaingi oleh pakatan.

Dengan segala kekecohan dan kecelaruan yang berlaku, jalan PR untuk ke pilihanraya kelihatannya terlalu sukar, sekali gus menyebabkan jalan untuk ke Putrajaya menjadi semakin kabur bagi mereka.

Dalam keadaan ini, kita merasakan bahawa Perdana Menteri boleh saja mengumumkan nama-nama calon BN pada bila-bila masa. Kita pasti ia tidak akan membawa apa-apa kesan buruk kepada BN, sebaliknya akan membantu menyediakan jentera parti, dari segi mental dan fizikal dengan lebih awal
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
PEMBANGKANG TERIMA HAKIKAT KALAH DENGAN AKU JANJI BN

Pembangkang amat meradang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Aku Janji Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.

Aku Janji BN bukan sekadar merangkumi ciri-ciri sebuah manifesto sebuah parti politik yang menggariskan rancangan serta programnya sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa.

Ia juga adalah dokumen pengakuan dan sumpah di hadapan rakyat bahawa BN akan melkaksanakan setiap kata-kata dan kalimat yang tersemat di dalamnya.

Ia bukan retorik kosong seperti Manisfesto Rakyat oleh pembangkang kerana sebahagian besar apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan dan sedang dilaksanakan.

Aku Janji BN adalah pengukuhan kepada program-program pro-rakyat yang sediada yang akan dimantapkan lagi bersama-sama program baru yang lain.

Berlainan pula dengan manifesto pembangkang yang hanya cantik pada rupa tetapi isinya kosong dan tidak mempunyai nilai.

Ini kerana pembangkang tidak mempunyai pengalaman memerintah negara hampir enam dekad seperti mana BN.

Mustahil pembangkang dapat menyelami keperluan serta kehendak rakyat dalam menghayati erti pembangunan negara sebenar bila mana ia tidak pernah mengalami naik turun, pahit getir, ancaman bahaya dan bermacam-macam suasana yang sentiasa berubah ketika mentadbir sebuah negara yang unik seperti Malaysia.

Pembangkang hanya mengkhayalkan apa yang difikirkan baik untuk kesejahteraan rakyat tetapi BN sudahpun membela nasib rakyat selama 60 tahun.

Pahit maung mengangkat sebuah negara yang telah dijajah silih berganti oleh satu bangsa penjajah selama 446 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun hanya dinikmati oleh Perikatan/BN.

Pembangkang hanya menumpang segala kejayaan yang telah dicipta oleh BN lalu mendakwa seolah-olah merekalah yang menjuarai semuanya.

Daripada sebuah negara agrarian atau pertanian yang miskin dan amat dhaif sekali selepas menuntut kemerdekaan, kerajaan Perikatan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman serta kumpulan pejuang kemerdekaan yang bersama-sama dengannya, berhempas pulas membina asas kemajuan negara seperti yang dinikmati oleh generasi hari ini.

Obor perjuangan itu kemudian disambung pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, ayahanda kepadA Perdana Menteri sekarang.

Beliau berjaya membawa negara sesatu tingkat kemajuan lagi menerusi penggubalan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam era Tun Hussein Onn pula negara diperkuatkan lagi dengan penggubalan dasar-dasar yang membantu meningkatkan lagi sosioekonomi orang Melayu.

Pelancaran Amanah Saham Nasional adalah salah satu jasa paling besar beliau.

Kemudian negara mengalami arus pembangunan dan perindustrian yang begitu rancak dan aktif di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kereta nasional Proton dilancarkan, pelaburan asing meningkat begitu mendadak dan di akhir pentadbirannya beliau sempat menikmati usaha gigihnya dengan terbinanya Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.

Perdana Menteri keenam Tun Abdullah Ahmad Badawi pula memperkenalkan koridor pembangunan di seluruh negara dengan tumpuan kepada pembangunan wilayah Iskandar di Johor.

Kini Malaysia berada di dalam jagaan baik Datuk Seri Najib yang telah menyerlahkan lagi kemampuan negara untuk menjana kejayaan demi kejayaan melalui dua program transformasinya iaitu dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.

Program transformasi gergasi yang digagaskan oleh Perdana Menteri inilah yang menjadi intipati dan asas kepada Aku Janji BN pada PRU13.

Ia bukanlah sesuautu yang dirancang hanya untuk memenangi pilihan raya semata-mata tetapi merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dicapai sejak empat tahun menerajui negara.

Aku Janji BN adalah komprehensif and inklusif, ia juga menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat dari buruh kasar, suri rumahtangga, peniaga, pentadbir, pelajar hinggalah kepada pelabur asing.

Semuanya dicanai dengan begitu rapi dan teliti untuk memastikan segala impian yang dilakar menjadi realiti bagi kesejahteraan rakyat jua.

Daripada program rakyat didahulukan seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1M, PR1MA semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya.

Hakikatnya pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi BN menepati segala janji yang dibuat, pembangkang hanya menjual air liur untuk memegang kuasa tetapi BN melakari kejayaan dengan bukti nyata.


ends
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 7 April 2013

Turun Harga Kereta, Siapa Tiru Siapa?

Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

Petikan: MyKMU.Net
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Manifesto BN PRU-13 Terbaik Dalam Sejarah

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 â€" Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu. Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi



Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik. Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.



Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini, kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Manifesto BN Adalah Akujanji Bukannya Janji Palsu

Pelancaran Manifesto BN, "Menepati Janji Membawa Harapan" di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium.

Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya.

Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara.

Ia boleh disifatkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, satu komitmen yang realistik dan berpijak di bumi nyata.

Bagaimana pun, sambutan luar biasa dan cukup hangat ini agak di luar jangkaan pihak penganjur, tapi di masa yang sama agak menguja dan menyemarakkan semangat kerana ia adalah satu petanda yang menggambarkan keyakinan umum kepada BN.

Senario ini berlaku tentu sekali berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kuat rakyat kepada prestasi BN yang sudah terbukti sedari dulu lagi sentiasa berusaha menepati janji dan sudah terserlah jasa bakti serta kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Ini jauh berbeza dengan pelancaran manifesto PR di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 25 Februari 2013 yang lalu di mana anggaran kehadiran hanya sekitar 1,000 orang sahaja, menunjukkan kurangnya kepercayaan penyokong PR dan orang ramai terhadap manifesto PR.

Mana nak ada sambutan hangat dari rakyat bila mana pada pandangan PR, manifesto bukannya satu perjanjian sebaliknya sekadar janji kosong dan umpan politik yang ditaburi kemudian dimungkiri. Sebab itu bila sebut saja istilah "Janji Dicapati" ramai yang akan terbayang wajah-wajah munafik pemimpin PR.

Sebaliknya Manifesto BN jelas sekali menarik perhatian rakyat kerana bak kata PM, ia adalah satu dokumen akujanji BN kepada rakyat, maknanya ia satu perkara yang serius yang mesti ditunaikan.

Ia manifestasi kesungguhan pemimpin BN yang pasti akan dilaksanakan dan bukannya janji palsu atau dilakukan secara semberono tanpa kajian teliti. Setiap yang diungkapkan oleh PM dan dinukilkan dalam Manifesto BN ia adalah akujanji yang realistik yang akan ditepati.

Justeru itu, memanglah wajar pada PRU13 yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, rakyat Malaysia membulatkan tekad untuk memastikan BN terus kekal menguasai Kerajaan Pusat dan kembali mengurus tadbir beberapa Kerajaan Negeri yang sebelum ini jatuh ke tangan munafik PR.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN

Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.

Antara janji-janji BN ialah:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi



Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.



Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.



Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.
Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone
Hilang Sokongan Di Sabah, Anwar Tumpu Perak dan Johor


Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini.


Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung, wasiat penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti kepada pemegangnya.



Oleh sebab itu, pertemuan yang turut dihadiri "Huguon Siou" (pemimpin agung) Kadazan, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.


Menurut sumber dalaman, mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Usaha yang dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti.


Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3 parti (PBS, PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA.


Walaupun Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk menawan Sabah. Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas Sabah.


Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu.


Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan.


1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad Datu. Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk "attack" Sabah, orang akan marah kerajaan. Tapi malangnya apa yang telah dirancang tidak seperti yang dharapkan, malah strategi untuk menghancurkan Sabah terbongkar.


Anwar selalu menyatakan "ini kali tukarlah" apabila berada di Sabah. Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah. Jawapan kita untuk Anwar - #Lainkalilah. Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini. "mahu sokong ini Anwar lagi, bah?"


#Lainkalilah. Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak!


Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak menonjol.


Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR pada awal 2009, beliau telah menarik handbreak malam tadi dengan mengumumkan akan terus kekal bertanding di Permatang Pauh.


Anwar sedar, selain daripada isu tersebut, terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut undi Melayu di Perak.



Kontroversi peribadi, prestasi negeri-negeri PR dan dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang.Sent by Cekabok Sengat from my BlackBerry® smartphone